Written by lizayasir | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Merealisasikan impian berumahtangga itu bukanlah suatu perkara yang mudah terutamanya bagi pihak lelaki. Ini kerana bajet perbelanjaan mereka termasuk wang hantaran yang kini turut melambung naik kerana inflasi.
Walaupun kita merancang majlis yang sederhana, bajet belanja perkahwinan boleh menjangkau lebih dari $15000. Bajet yang agak besar ini boleh membuat ada yang berhutang piutang hanya untuk sama setanding dengan masyarakat sekeliling. Ini juga dengan tidak secara langsung, membuat orang lelaki merasa tawar atau lemah semangat bila berfikir untuk berumahtangga.
Ini belum termasuk sewa tempat majlis, upah penanggah, upah juruvideo dan berbagai lagi benda yang diperlukan berkaitan dengan melangsungkang majlis perkahwinan. Bajet tok kadi, "buka kipas" dan "road-blockers" pada hari bersanding juga pihak lelaki harus ambil kira.
Bagaiamana pula bajet honeymoon dan kehidupan selepas perkahwinan???. Kalau tidak tinggal bersama keluarga pula bajet ubah suai rumah, perabot serta kelengkapan-kelengkapan rumah dan banyak lagi yang berkaitan dengannya terpaksa juga difikirkan...
Nampaknya jika tidak ada wang simpanan yang mencukupi dalam akaun bank, impian hendak berumahtangga hanya satu mimpi sahaja.
|
Isnin, 25 Jun 2012
sayang cube tengok ni teduduk abg dibuatnye tau...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan