esok 5 Disember 2011 bersamaan dgn 10 Muharram 1433H merupakan hari bersejarah iaitu hari asyura'...Ia di panggil hari asyura' kerana terdapat peristiwa2 penting yang pernah berlaku dalam sejarah islam dan amalan2 yg perlu dituntut..
Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
Allah menjadikan Siti Hawa.
Allah menjadikan Syurga.
Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
Taubat Nabi Adam diterima Allah.
Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan...
Oleh itu marilah kita bersama2 meraikan hari asyura pada esok hari dgn berpuasa sunat...insya Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan