Selasa, 27 Disember 2011

abang merindui sayang yang teramat....

sayang....
rimbunan kasih semakin dalam...
timbunan cinta semakin melimpah...
jutaan rindu semakin kuat...
tak sanggup untuk menahan lagi...
kasih,cinta dan sayang semakin memekat lubuk hati ini...

sayang...
rindu abang pada sayang yang termat saat ni tak tahu untuk digambarkan...
sayang abang pada sayang kini xtak tahu untuk dibicarakan..
cinta abang pada sayang saat ini tak tahu untuk diungkapkan...
ianya termatlah dalam....
begitu kuat tamparan semua ini yang sayang berikan pada abang..
tak sanggup untuk berjauhan dengan sayang...
tak sanggup untuk meninggalkan sayang...
tak sanggup untuk melupakan sayang...

sayang....
ingin abang nyatakan yang abang terlalu menyayangi sayang...
abang terlalu mencintai sayang...
dan...
abang juga teramat merindui sayang....

Isnin, 5 Disember 2011

6ixth sense feat saujana - penerang hati

 Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku
Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu
Chorus
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Jangan pernah kau menjauh
Ulang Chorus 2x

Akrab Persahabatan-In Team


Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Ahad, 4 Disember 2011

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)



-Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


-Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


-Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


-Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


-Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


-Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


-Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


-Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."


-Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

-Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.


-Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya
 - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.


-Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". -Fadilatnya 


- Tidak mati pada tahun ini.

-Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


-Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat
- Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Senda gurau suami isteri

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya...
Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum.
Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya)
Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu)
Emmm..Baru manis!!! ◕‿<

‎Cinta Muka Buku edisi Islamik



Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku ♪♫
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...000.. .FITNAH dunia atasku ♪

... Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot fitnah ke atasku..♫

banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..♪

Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini cinta penuh nafsu

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya cinta nafsu, cinta di muka buku..♪

Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja

banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..♪

Hari Asyura

esok 5 Disember 2011 bersamaan dgn 10 Muharram 1433H merupakan hari bersejarah iaitu hari asyura'...Ia di panggil hari asyura' kerana terdapat peristiwa2 penting yang pernah berlaku dalam sejarah islam dan amalan2 yg perlu dituntut..
Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:


Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
Allah menjadikan Siti Hawa.
Allah menjadikan Syurga.
Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
Taubat Nabi Adam diterima Allah.
Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan...

Oleh itu marilah kita bersama2 meraikan hari asyura pada esok hari dgn berpuasa sunat...insya Allah..

Jumaat, 2 Disember 2011

Melda-putus




Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku

Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku

Tapi setelah kau pergi aku
Mendapat lebih baik darimu
Dia hargai aku
Dia sayangi aku
Lebih dari padamu
Aku ingin kau tahu
Betapa ku gembira
Tidak lagi bersamamu
Namun pastinya
Nanti kau akan sedari
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku




the sister-ku sedang jatuh cinta



[*]

Sejak pertama kita bertemu
Ku rasakan ada sesuatu
Inikah cinta yang kurasakan
Setiap ku memikirkanmu

Back to [*]

[**]
Apa benar aku sedang jatuh cinta
Serasa hati ini berbunga-bunga
Mungkin ini pertama dalam hidupku
Ku tak bisa tidur seminggu
*courtesy of FunLirik.com
[***]
Hooo uuuooo… aku sedang jatuh cinta
Serasa indah rasanya hidup ini
Ku tahu ku sedang jatuh cinta

Ku tahu ku sedang jatuh cinta

Back to [*][**][***]

Back to [**]

Back to [***] 2x

Ku tahu ku sedang jatuh cinta

Khamis, 1 Disember 2011

Ayat Ayat Jiwang Yang Tak Jemu Dibaca, Tak Lekang Dek Panas .


Erm... 
Salam sumer.. aku suka la berjiwang dalam ruangan kisah harian ni.. bukannya apa, aku ni tak la pandai sangat nak berkarang2 jiwang yang boley meruntuhkan KLCC (haha) tapi saja ja nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang terperuk dalam Pendrive buruk aku neh
 

1.     Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
2.     Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
3.     Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
4.     Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
5.     Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
6.     Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
7.     Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
8.     Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
9.     Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
10.   Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
11.   Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Rabu, 30 November 2011

Ayushita-Tuhan beriaku cinta

MySpace


Walau aku senyum bukan berarti 
Aku selalu bahagia dalam hari 
Ada yang tak ada di hati ini 
Di jiwa ini hampa 

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
Mungkin akan ada cerita cinta 
Namun ada saja cobaan hidup 
Seakan aku hina 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Untuk temaniku dalam sepi 
Tangkap aku dalam terang-Mu 
Biarkanlah aku punya cinta 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Aku juga berhak bahagia 
Berikan restu dan halal-Mu 
Tuhan beri aku cinta 

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
Mungkin akan ada cerita cinta 
Namun ada saja cobaan hidup 
Seakan aku hina 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Untuk temaniku dalam sepi 
Tangkap aku dalam terang-Mu 
Biarkanlah aku punya cinta 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Aku juga berhak bahagia 
Berikan restu dan halal-Mu 
Tuhan beri aku cinta

Haleeda-Setia Kasih


MySpace


Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah... yang jadi ikutan...
Dan juga bualan

Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma... adalah pasir saja...
Penghujungnya muara

( korus )
Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai... nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...
Aku tetap setia

( ulang semua )

Aurat secara fizik

MySpace
(artikel ini tersiar di dalam sekian banyak blog. Bila dikaji, didapati artikel ini berasal-usul daripada link yang saya berikan di atas. Artikel ini sangat menarik pada hemat saya. bahkan, saya sendiri dalam proses "menulis kembali" silibus Sains PMR untuk dilihat dari kaca mata islam. Sesiapa yang ada maklumat berkenaan penulis asal artikel ini, diharap dapat menghubungi saya. Satu lagi, saya masih mempunyai masalah dalam memposting artikel saya. Ada siapa dapat membantu?)
Kajian Kes
Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian
Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.
Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.
Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.
Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.
Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.
m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.
c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.
tetha ialah perubahan suhu.

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan
Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens
Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi
c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.
tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian
1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.
3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan
Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.
Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam
Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.
Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan?
Fikirkan...

MySpace

Saiful Duet With Misha Omar - Tak Ku Duga




MySpace


Kau tak pernah ku duga satu sahaja ku cinta
Pada saat suram menyapa di hati ku
Mungkinkah masih ada oh cinta indah buat ku
Sedangkan sepi menemani ku
Buangkanlah sepimu menjadi sekuntum rindu
Aku akan mengisi ruang hatimu kasih
Cinta ini buatmu hati ini buatmu
Di sini ada cinta buatmu
(Korus)
Ku cinta kamu ku sayang kamu
Untuk selama-lamanya di hatiku
Menyayangimu mencintaimu
Benarkah ini kasih
Kebahagiaan kita miliki
Pintaku pada mu jujurlah oh ke akhirnya
Agar asmara kekal abadi dalam hati
Kekasih ku berjanji menemani mu nanti
Demi cinta indah ini kasih
(Ulang korus)
Aku hanya mampu berdoa
Takdir ini buat kita
Menuju bahagia
Kita miliki cinta
Kekasih ku berjanji
Menemani mu nanti
Demi cinta indah ini kasih
(Ulang korus 2x)

Spin-janji kita



MySpace


Manakan sama
Dikau yang kucinta
Andainya dibandingkan
Segala rasa di jiwa


Jikalau kau mengerti
Apa yang aku fikirkan
Pastinya kau lontarkan
Segala rasa curiga


Korus:
Setelah gerimis kan kutunggu
Segaris pelangi yang kurindu
Itulah saat terpaterinya
Janji kita


Setelah bulan pulang beradu
Mentari pula menyusul lalu
Itulah saat terpaterinya
Janji kita


Manakan sama
Dikau yang kucinta
Andainya dinilaikan
Segala emas permata
Jikalau kau mengerti
Apa yang aku fikirkan
Pastinya kau hargai
Kenangan kita berdua


Sesungguhnya ku takkan berdaya
Menghadapi rintangan tanpa dirimu
Sesungguhnya ku takkan bermimpi
Menikmati cintamu tanpa kau disisi


Manakan sama
Dikau yang kucinta
Dengan segala rasa
Itulah janji kita

Khamis, 24 November 2011

ABANG

salam..abg, lega yang teramat syg rase bile abg telah memaafkn syg.sampai syg menitiskn air mata.abg, peluang yg abg berikan ini syg akn jage dan pelihara dgn baik.syg tak kn ulangi nye n syg akan hargai nyer sepenuh hati syg. syg tak moo lagi jadi perempuan2 jahat dalm lagu2 jiwang tu.syg nak jadi perempuan2 yg baik mcm dlm lagu nasyid je.hehe...abg, tq sgt2.maaf kan syg cos wat abg terluka yang teramat sgt.peluang yang abg bagi ni akan syg gunekan untuk ubati luka itu.syg untung dapat abg..serius..syg bahagia dapat memiliki insan bernama muhammad jamaluddin bin johari..

salam syg,
SAYANG..

sayang....

dalam hati ini memang telah terluka...tp...makin hari kelukaan itu makin terubat...saat diriku mendengar suara manjamu diriku tersenyum...syg...abg rindukan sayang...rindu sayang yang teramat...kesalahan sayang telah pun abang maafkan...jujur abang katekan walaupun cuba abg lupakan sayang,makin kuat hati ini meronta mengikat cinta ini...abang rindukan sayang yang teramat saat ini...ingatan abang pada sayang saat ini masih mekar biarpun ianya diracun dengan ingatan lain...tapi kini abang mula pasrah dengan yang apa yang telah terjadi....abang memaafka sayang sepenuh hati abang....abang terima apa ynag telah terjadi dan abang juga terima akan kesalahan sayang pada abang...mungkin ianya mengambil masa....untuk  terubat..tp percayalah saat abang cuba melupakan semua nya...saat itulah pasti abang akan teringat...sungguh saat ini abang merindui sayang...abang harap dengan pengajaran yang abang telah berikan sayang xkan pernah ulangi lagi...sayang...abang nak katakan yang abang terlalu menyayangi sayang dan menyintai sayang...apa yang abang telah tanamkan pada sayang itu lah perasaan abang meskipun ia terluka....sayang...abang terima sayang seadanya kini...namun sekiranya ia berulang...abang mintak maaf...takkan ada lagi peluang yang akan abang berikan pada sayang...walaupun pedih,perit merasa abang perlu terima hakikatnya...yang abang sayang dan  cintakan sayang...abang tunggu sayang balik eh....rindu sayang....

Selasa, 22 November 2011

Maafku sering ku berikan padamu....

sayang...meskipun hati ini telah hancur berderai bagaikan kaca namun hati ini tetap masih sayang dan cinta padamu...meskipun air mata ini telah membasahi pipi yang kering ini namun kasihku padamu masih mekar tidak pernah padam...cinta dan kasih sayang terhadap dirimu terlalu kuat pada dirimu...kini...apa yang kurasakan sepi tanpa dirimu...diriku terlalu merindui dirimu...setiap perbualan yang kuterima darimu saat itulh akan terukir senyuman yang tidak terhingga pada dirimu....begitu pedih hati ini...ku rasakan kepercayaan yang ku berikan padamu kau hancurkan...kepercayaan yang kutanamkan kini lebur bagaikan kaca yang jatuh kebumi....aku tidak mengerti apa salah atau silap ku hinggakan dirimu sanggup memperlakukan diriku sebegini....kini ku pasrah...aku tidak mampu apa lagi yang harusku katakan...hanya yang perlu ku bina semula kepercayaan yang telah hancur ini...meskipun diriku masih menyayangimu namun ku perlukan masa untuk mengubati kelukaan yang parah dihati ini...dikau insan yang kusanjung,yang kupuja,yang kucintai sepenuh hatiku sanggup memberikan balasan yang sebegini pada diriku atas kesetiaan,kejujuran,kasih sayang dan cinta yang kuberikan...tapi apapun yang terjadi dalam hati ini masih kekal perasaan cinta namun hatiku kini telah hancur lebur tanpa ada cebisan....tangisan dalam memori kenangan memberi ku semangat semula untukku teruskan perjuangan ku dalam peperiksaan akhirku ini...salam sayang yang hanyaku dapatku sampaikan padamu cinta hatiku sampai akhir hayatku......itu saja yang dapatku ungkapkan dalam memori ingatanku.....

Isnin, 21 November 2011

apa salah diriku??

saat aku membaca luahan hatinya...tubuhku mengigil....terketar-ketar sejuk tubuhku...longlai kurasakan....mengapa?apa salahku?kenapa sanggup dia memperlakukan aku sebegini setelah seluruh kepercayaan ku terhadapnya ku berikan...inikah balasan yang setimpal yang harus ku terima?atas semua kasih sayang ku berikan padanya?aku terlalu menyayangi dirinya...aku terlalu menyintai dirinya...tp mengapa aku diperlakukan begini?pedih hati ini...remuk hati ini....hancur berderai ku rasakan...hanya tuhan saja yang mengetahui apa yang kurasakan kini...teramat pedih...sakit....yang teramat...xdapat ku gambarkan setiap perbualan mereka...dia memanggil abang pada budak tu...dan aku juga dipanggil abang...apa status diriku??mainan?aku x mengerti mengapa dan kenapa....hanya ku pasrah menerima kehancuran hatiku ini...

Selasa, 13 September 2011

kenangan

saat awal pagi lagi hatiku berkobar-kobar untuk bertemu dengannya...pada pagi itu suasana pagi hujan tatkala telah berlakunya kekalutan didalam hubungan kami....hadirnya kekasihnya yang lam menjadikan diriku berang,marah,geram...entah mengapa semua itu berlaku pada hari itu ( sabtu-10/9/2011 ) tatkala itu dirimu ingin pulang ke pulau pinang semula atas kerana dikau ingin mengejar citamu...pagi itu keadaan suram,dingin dengan hujan bagaikan ia memahami apa yang tersurat didalam hati kami...Untuk menenangkan keadaan marah,geramku aku keluar rumah bagi mendapatkan ketenangan luar...saatku keluar,kala itulah aku menenagkan hatiku...setelah itu tibalah aku di Tesco bukit indah untuk berjalan2....tiba-tiba aku menerima SMS darinya menyuruh aku datang ke rumah nya atas arahan maknya...tanpa berlengah maka akupun bergegas menuju rumahnya yang juga hampir dengan destinasi yang ku berhenti...sungguhku x sangka pada hari itu,itulah kali pertama aku mendapat kebenaran untuk menhantar dirinya ke perhentian bas larkin.Tepat jam 8pm..aku bergerakm dari rumahnya dan diekori oleh abgnya menuju ke perhentian bas larkin...Saat itu jasad dan nyawaku entah ke mana x dpt untukku menahan sebak atas kepulangannya...setelah tiba di perhentian maka saat utuknya pergi meniggalakan diriku telah terpapar di depan mataku....masihku ingat bas yang dinaiki bernombor pendaftaran WVK 5588...Saat dirinya menaiki bas tersebut lambaian tangannya membuatkan air mataku hampir menitis ke bumi...pada saat itu hanya tuhan sja yang tahu akan perasaan ku masa itu....

Jumaat, 20 Mei 2011

AKU TIDAK SOLAT...TETAPI AKU TETAP BERJAYA...itu adalah istidraj...apa itu ISTIDRAJ???



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.